Tuesday, 24 May 2016
INFORMASI : SFC Revolution IPOH 1.0
Gegaran SFC Perak SFC Revolution kali ini di buat di Hotel Tower Regency, Ipoh. Pemegang lesen SFC semakin ramai, tetapi apa yang paling penting ialah jadilah pemegang Lesen SFC terawal & luaskan RANGKAIAN anda SEKARANG & nikmati ROYALTI BONUS 5% anda bersama keluarga pada tahun 2020, TANPA PERLU BEKERJA SUDAH!! Syoknyaaa PENCEN AWAL DI USIA MUDA.
.
Terdapat 20 orang yang menerima sijil SFC di seluruh semenanjung.
7orang akan berkongsi pengalaman & cara bagaimana mereka berjaya menggunakan konsep SFC dalam masa yang SINGKAT!
Mereka terdiri daripada golongan Gen Y sehingga yang berusia
Mereka mempunyai income yang LUAR BIASA!
.
MARI KITA BERAMAI - RAMAI
pada 29.05.2016 menghangatkan lagi suasana & JANGAN LEPASKAN PELUANG mendengar perkongsian mereka yang SUDAH BERJAYA!
Monday, 23 May 2016
MOTIVASI : 10 FAKTOR PERNIAGAAN GAGAL
Banyak perniagaan yang
terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan.
Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah
beberapa bulan beroperasi.
Keadaan ini sudah menjadi
kebiasaan dalam dunia perniagaan. Di mana-mana sahaja kita akan dapat melihat
situasi ini. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar
dalam masa yang singkat.
Di sini saya senaraikan sepuluh faktor yang menjadi punca kegagalan seseorang usahawan baru dalam perniagaan.
#1 – Tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan
Tidak mustahil bagi seseorang usahawan yang tidak mempunyai sebarang
pengalaman , atau kelayakan akademik dalam bidang berkaitan berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
Namun tidak mustahil juga untuk usahawan yang tiada sebarang pengalaman,
atau ilmu mengalami kerugian dalm perniagaan.
Terdapat banyak kursus atau seminar yang ditawarkan kepada usahawan untuk
mendapatkan ilmu perniagaan, selain dari institut-institut pengajian atau kolej
yang menawarkan pendidikan secara formal.
#2 – Tidak mempunyai skil dalam pengurusan
Kesilapan yang dilakukan ramai usahawan ketika ini ialah, mereka hanya tahu
menguruskan belanjawan syarikat untuk mendapatkan stok atau produk.
Tetapi tidak mampu untuk menguruskan belanja tersebut supaya syarikat
mempunyai simpanan dan wang pusingan modal yang mencukupi.
#3 – Tidak menggunakan bakat secara maksimum
Sesetengah usahawan adalah pakar dalam bidang masing-masing seperti jurureka dalaman (interior designer) atau jurufoto.
Sebagai usahawan yang mempunyai bakat dan kepakaran tertentu, anda harus
menggunakan segala bakat tersebut secara maksimum.
Ini bertujuan memastikan perniagaan yang anda jalankan mempunyai sentuhan
anda sendiri, yang tentunya akan dicari oleh para pelanggan anda.
Bakat yang ada tidak harus disia-siakan.
#4 – Tidak bersedia bekerja lebih masa
Menjalankan perniagaan sendiri bukanlah seperti bekerja di pejabat dari pukul 8 pagi
sehingga pukul 5 petang.
Menjalankan perniagaan bermakna anda harus bekerja hampir 24 jam
sehari (atau mungkin lebih).
#5 – Tidak mendapat
sokongan keluarga
Kebanyakan
perniagaan yang berjaya mendapat sokongan dari keluarga.
Dari
segi kehidupan
seorang Muslim, amat penting anda mendapatkan restu dari
ibubapa sebelum memulakan sebarang perniagaan.
Maklumkan
mereka kenapa dan mengapa anda menjalankan perniagaan.
#6 – Tidak mempunyai modal
permulaan yang mencukupi
Modal
permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan
perniagaan semata-mata.
Ia
bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda
mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.
Modal
yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan
anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.
Namun,
ia berbeza-beza mengikut jenis bidang perniagaan anda.
#7 – Tiada networking
Dalam
apa sahaja perniagaan yang diceburi, networking ialah perkara yang tidak boleh
dipandang remeh.
Anda cuba bayangkan sekiranya anda langsung tiada atau tidak
mahu menjalinkan sebarang hubungan (networking)
dengan orang lain.
Mungkin
ada dikalangan jaringan hubungan anda akan menjadi pelanggan utama anda. Apa
yang akan anda kehilangan?
Dalam
Islam juga mengajak umatnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia.
Hanya
melalui cara ini anda dapat mengembangkan perniagaan dengan baik, dan secara
halus tanpa memaksa seseorang mendapatkan produk anda.
#8 – Tidak berusaha keras
Satu
kerugian yang amat sangat sekiranya anda menjalankan perniagaan, tetapi anda
tidak sanggup bekerja keras untuk perniagaan tersebut.
Sebagai
usahawan, anda seharusnya seorang yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi supaya anda mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
#9 – Tidak sanggup berhadapan krisis
Banyak
dugaan yang perlu dihadapi oleh usahawan ketika menjalankan perniagaan.
Dugaan
ketika berhadapan dengan pesaing, ketika mengalami kejatuhan keuntungan dan
pelbagai lagi yang mungkin anda hadapi.
Anda
perlu bijak
menangani sebarang krisis yang
timbul dalam menjalankan perniagaan.
#10 – Terlalu fokus pada
produk
Ramai
usahawan sebegini. Terlalu memfokuskan pada penghasilan dan jualan produk dan
meminggirkan perkara penting yang perlu difokuskan.
Iaitu pemasaran dan khidmat pelanggan.
Pemasaran
merupakan tonggak utama produk anda terjual, manakala khidmat pelanggan pula
kunci utama supaya pelanggan yang membeli, atau mendapatkan servis anda menjadi pelanggan setia.
SEDAR DAN TANGANI FAKTOR INI SEKARANG!!
Sepuluh
faktor yang disebutkan ada pada setiap individu tanpa disedari.
Kadang-kala
kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sekiranya
anda menyedari anda mempunyai sifat sebegitu, anda sudah mampu menanganinya
supaya anda lebih berjaya dan menolak kegagalan dari perniagaan anda.
Semoga
anda sukses selalu.
MOTIVASI : 10 AMALAN HIDUP BERJAYA
Jika kita ada impian untuk jadi seorang yang berjaya dalam hidup, kita boleh lakukannya dengan mudah.
Memang ada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup, walaupun kebiasaannya, orang kata untuk berjaya itu susah.
Yang jadi susah adalah disebabkan kita terlalu taksub untuk buat perkara besar sekali gus.
Jalan mudah untuk berjaya adalah dengan memberikan tumpuan kepada membentuk tabiat yang baik menjadi sebati dalam diri kita.
Tak kira walaupun tabiat itu kecil saja dan mudah untuk diamalkan, asalkan ianya satu tabiat yang baik, ia dapat membantu kita untuk berjaya.
Orang yang berjaya menempah kejayaan besar dalam hidup mereka, adalah mereka yang berjaya mengamalkan banyak tabiat kecil yang baik, secara konsisten sepanjang hidup.
Apakah tabiat ringkas yang boleh dijadikan sebagai amalan dalam hidup kita seharian :
1. Kemas tempat tidur sebaik saja bangun pagi
2. Jaga kebersihan mulut
3. Tulis tugasan yang perlu dibuat
4. Rehat untuk kembalikan tenaga
5. Paksa diri buat perkara baru
6. Berpakaian kemas dan segak
7. Baca buku atau dengar perkara ilmiah
8. Jadikan diri bertenaga
9. Tak perlu kata ok untuk semua perkara
10. Kemaskan keadaan sekeliling
2. Jaga kebersihan mulut
3. Tulis tugasan yang perlu dibuat
4. Rehat untuk kembalikan tenaga
5. Paksa diri buat perkara baru
6. Berpakaian kemas dan segak
7. Baca buku atau dengar perkara ilmiah
8. Jadikan diri bertenaga
9. Tak perlu kata ok untuk semua perkara
10. Kemaskan keadaan sekeliling
Anda boleh lihat senarai 10 tabiat di atas bukanlah sesuatu yang besar dan sukar untuk diamalkan. Malah semuanya tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan.
Anda juga tidak perlu belajar tinggi untuk buat kesemua perkara tersebut di atas. Tapi amalan mudah dan ringkas itu mampu mengubah kehidupan anda menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan, InsyaAllah.
Moga ianya menjadi amalan kita semua !
Datuk Wira Dr Maznah Hamid
Subscribe to:
Posts (Atom)