Hari Pertama Kerja selepas cuti Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai...Heng Ah Ong Ah Huat la.. ^_^
Monday, 15 February 2016
CHINESE NEW YEAR OPEN HOUSE 2016
Let's join 2016 SNE Chinese New Year Open House with singing competition at SNE HQ on 20/2/2016! Don't waste your talent!
If you have a good song, don't waste get miss to enroll in the organised by sne sne happy new year 2016, the voice of the sorority at 20/2/2016!
INFO : TALK ABOUT BEUTY
Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit
Orang Korea
terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan
teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara
faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap.
Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar
rahsia kecantikan kulit mereka.
1. Orang Jepun
dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka
bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2.Untuk pencuci
muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu
mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum
semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia
akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci
muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan
air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Penggunaan
penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat
menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya
tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting
untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang
mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak
menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit
wajah untuk penyerapan yang optimum
4. Pelembap muka
sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun
begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap
yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti
petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan
kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk
penyerapan yang sempurna.
5. Kebanyakan selebriti
di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10
kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Rahsia wajah
yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka.
Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga
tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan
menambahkan keelastikan wajah.
7. Setiap kali
selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk
melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini.
Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih
pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan
sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).
Subscribe to:
Posts (Atom)