Monday 18 April 2016

MOTIVASI : KISAH BURUNG HELANG




Seorang Raja menerima hadiah dua ekor anak burung helang.
Lalu baginda berfikir, bagus helang tersebut dilatih untuk terbang tinggi. Tentu akan lebih indah lagi.
Baginda memerintahkan pelatih burung yang terkemuka di negerinya untuk melatih dua helang itu.
Setelah beberapa bulan, pelatih burung pun melaporkan: Seekor helang telah terbang tinggi dan melayang di angkasa.
Akan t e t a p i yang seekor lagi tidak berganjak dari pohonnya.
Raja pun memerintahkan para pakar haiwan untuk memeriksa helang kesayangannya itu, namun tidak ada yang berhasil berbuat sesuatu.
Berbagai usaha telah dilakukan, tetapi helang tersebut tidak juga mahu bergerak dari dahannya.
Kemudian baginda bertemu dengan petani yang sangat mengenali akan sifat helang. Raja pun meminta bantuan petani itu.
Keesokan harinya ketika Raja mengunjungi helang itu, baginda hairan melihat helang itu sudah terbang tinggi.
Dengan penuh minat Raja bertanya kepada petani, apa yang beliau lakukan. Petani menjawab: "Saya hanya memotong cabang pohon yang selama ini dihinggapinya ... DAHAN itu yang membuatnya SELESA."
Kita dilahirkan untuk berjaya, kita ditakdirkan untuk terbang tinggi, namun, ada yang memegang erat dengan ketakutan; tidak ada yang mahu melepaskan ketakutan itu dan tidak mahu berganjak darinya.
Atau kadang-kadang kita terlalu leka pada zon selesa, hingga takut dan tidak mahu melepaskannya.., takut gagal.. takut kecewa..!
Lepaskan segala ketakutan itu, tinggalkan zon selesa tersebut, kenali diri anda dan tanamkan kekuatan dan rasa keyakinan diri anda. Maka anda akan 'terbang tinggi'.
Tanpa kita sedari, Allah sesekali 'Memotong' DAHAN SELESA kita, supaya iman kita bercambah dan naik ke tingkat yang lebih tinggi.
Mari saudara dan sahabat-sahabatku, sentiasa berfikiran positif dalam berbicara, berfikir dan begitu juga beramal.
Buat renungan bersama …

DIPETIK DARI FB  : 
Datuk Wira Dr Maznah Hamid

No comments:

Post a Comment