Wednesday, 7 December 2016

TALK ABOUT SNE ~ FRANCHISE

CARI BISNES YANG ADA PESAING
Ramai usahawan takut persaingan. Kata mereka, persaingan merampas market share dan boleh membunuh. Betul, bagaimanapun cuba kita lihat dari sisi yang lain pula:
Pertama, apabila ramai pesaing, itu menunjukkan bisnes tersebut ada ramai pembeli. Cuba tanya orang yang pertama keluarkan sesuatu produk. Wah, bagai nak gila dia kena yakinkan pengguna.
Nah, sekarang cuba pula bayangkan kita berada dalam bisnes tersebut seorang diri. Sunyi sepi kan?
Kedua, orang sukar nak percaya apabila syarikat baru menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Apabila ada syarikat lain sebagai pesaing, ia memberikan legitimasi kepada produk atau perkhidmatan kita.


Orang takut untuk makan jika kita sahaja yang jual kicap bercili. Bagaimanapun apabila ramai orang jual produk yang sama, orang yakin dengan produk tersebut.
Ketiga, persaingan menjadikan minda kita sentiasa bekerja. Usahawan berdaya saing akan sentiasa menentukan dia mempunyai unique value proposition dan competitive advantage.
Cuba lihat bagaimana kapalterbang berada di udara. Dalam sesetengah masa, kapalterbang ini berada di dalam ruang udara yang sama. Apa yang menjadikan kapalterbang ini tidak berlanggar ialah setiap satu berada pada lapisan ketinggian yang berbeza.
Bisnes juga begitu. Usah takut!


Berminat nak join bisnes??
sila whatsapp : 0102367509 / 0123253048


No comments:

Post a Comment